Lawatan Pengerusi PUNB ke Perniagaan Alumni JumPER dan Mentor PUNB

YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi PUNB melawat perniagaan alumni JumPER iaitu Prima Sticker di Kajang dan MAQ Empire di Bangi, pada Selasa, 9 Januari 2024.

Prima Sticker menyediakan perkhidmatan percetakan dan pengiklanan, manakala MAQ Empire menjual roti kukus yang terkenal dengan jenama RotiWap Bangi.

Tan Sri Acryl turut meluangkan masa melawat mentor PUNB, Definite Security Sdn Bhd (Fix N Go) di Bandar Baru Bangi yang menyediakan perkhidmatan berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Encik Ahmad Nazlee Idris, Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi (Marcom) turut hadir bagi mengiringi Tan Sri Acryl.

PrimastickerRotiwapFix & Go – IT Specialist

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *