Kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB ke UKK

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB memenuhi jemputan Encik Zulhazri Abu Bakar, Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk berkunjung ke pejabat UKK di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya, pada Khamis, 4 Januari 2024.

Kunjungan itu turut disertai Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi dan Encik Mohd Nor Shazali, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk saling berkenalan dan berbincang mengenai potensi kerjasama pada masa hadapan.

Turut serta dalam perjumpaan tersebut ialah Puan Rashila Ab Rasid, Pegawai Perhubungan Awam UKK JPM. Jabatan Perdana Menteri

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *