Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan & Pembangunan JPM

Pihak Pengurusan PUNB telah mengadakan mesyuarat bersama YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya, pada Khamis, 4 Januari 2024.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan serta fungsi PUNB sebagai agensi di bawah pemantauan JPM, berbincang, berkongsi idea dan maklumat mengenai pelbagai isu berkaitan serta memperkukuhkan hubungan baik antara PUNB dan JPM.

Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif mengetuai delegasi PUNB. Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Encik Azman Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Kewangan & Transformasi; Encik Fauzi Zakaria, Pengurus Besar Bahagian Operasi; Encik Mohd Nor Shazali Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan; Encik Ahmad Faisal Mohd Bashir, Ketua Jabatan Undang-Undang & Kesetiausahaan Syarikat; Puan Siti Mardhiah Mokhtar dan Puan Rahimah dari Unit Perancangan Strategik (STRIDE).

JPM diwakili oleh YBhg. Datuk Jazmanie Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan; Encik Shamsul Bahar Shajian, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Sekretariat & Pematuhan ; Encik Mohd Khairil Anwar Mohamad Noh, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Pemantauan Projek 3 & Inspektorat dan Puan Faridah Ahmad, Penolong Setiausaha, Seksyen Pemantauan Projek 1 & Bajet. Jabatan Perdana Menteri

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *