Sesi Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB sempena Program Jerayawara

Sekitar sesi Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB sempena Program Jerayawara Ipoh, Perak yang bertempat di M Roof Hotel & Residences, Ipoh, Perak pada Rabu, 27 Disember 2023.

Sesi taklimat ini disampaikan oleh Cik Noor Hasanah Zakaria, Ketua Pejabat PUNB Cawangan Perak. Pada sesi taklimat ini, Cik Noor Hasanah turut berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUNB.

Selain taklimat, hadirin juga berpeluang menyertai sesi konsultasi perniagaan bersama pegawai PUNB dari Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan serta Pejabat PUNB Cawangan Perak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir ke sesi taklimat PUNB bagi penutup tahun 2023. Jumpa lagi pada tahun hadapan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *