Hari ke-3: PUNB Trade Fair Dubai 2023

Hari terakhir PUNB Trade Fair Dubai 2023 yang melibatkan 12 pempamer terdiri daripada Rakan Usahawan PUNB dan usahawan bumiputera di Souk Al Marfa, Dubai Island, Dubai pada 1 hingga 3 Disember 2023 berakhir dengan jayanya.

Aktiviti pada hari ketiga diteruskan dengan pertunjukan demo masakan secara langsung menggunakan produk Daging Salai Mak Jenny oleh Nubhan Venture World dan pertunjukan fesyen oleh Mimpi Kita yang menampilkan rekaan terbaharu syarikat tersebut di bawah jenama Mimpi Kita dan Kita&Co.

Terima kasih kepada warga Malaysia di Dubai yang berkunjung ke PUNB Trade Fair Dubai 2023 dan menyokong produk usahawan bumiputera.

Shukran & Ma’assalamah Dubai!

#PUNBTakesDubai#PUNBTradeFairDubai2023#PUNBGoInternational#RakanUsahawanPUNB

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *