Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB mengetuai delegasi Rakan Usahawan Automotif PUNB ke Automechanika di Shanghai, China pada Rabu, 29 November 2023.
Program Automechanika Shanghai, kali ke-18 bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan Shanghai menampilkan lebih 5,300 pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan luar negara. Pameran ini diiktiraf secara global sebagai platform berpengaruh dalam industri automotif.
Lawatan ini memberi peluang kepada Rakan Usahawan PUNB untuk meluaskan rangkaian perniagaan dan membuat padanan perniagaan.
Hadir sama, Encik Mohd Nor Shazali Mohd Idris, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan dan Encik Razlan Bachik, Ketua Jabatan Pembiayaan Perniagaan.