Majlis ini diadakan secara maya di tempat yang berasingan selaras dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menjalin kerjasama bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
Kolaborasi yang dimeterai ini adalah usaha sama yang dijalin juga dilihat sebagai sinergi strategik antara KPT dan PUNB dalam melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan Bumiputera.
MoU ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT dan YBrs. Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan YB Tan Sri Noh Omar, Pengerusi PUNB.