Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjangkakan akan lebih ramai usahawan Bumiputera mendapat manfaat daripada peruntukan sebanyak RM230 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.
Ia secara tidak langsung mampu memperkasakan usahawan sekali gus memberi keprihatinan terhadap kelangsungan perniagaan usahawan Bumiputera.