Sekitar program Sesi Jaringan Usahawan PUNB Perak yang telah diadakan pada Jumaat, 15 Disember 2023 di Pejabat PUNB Cawangan Perak.
Sesi jaringan ini telah dihadiri oleh 23 #RakanUsahawanPUNB Perak dan 6 agensi berkaitan usahawan. Program dimulakan dengan sesi dialog bersama Pengarah Urusan Kumpulan Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd, Dato’ Haji Che Umar bin Haji Yatim. Kemudian, program diteruskan dengan taklimat “Importance of Taxation & Financial Statement” oleh Pengarah Urusan Zahar Advisory Group, Dato’ Zahar bin Hashim.
Sesi jaringan ini merupakan penutup acara tahun 2023 bagi Pejabat PUNB Cawangan Perak dan dalam masa yang sama dapat meluaskan jaringan kerjasama dengan Rakan Usahawan PUNB Perak untuk program akan datang.